SIRI TAZKIRAH: LA TAHZAN / JANGAN BERSEDIH
"Jangan Merajuk Sayang" Ada sebuah hakikat yang saya berpegang dengannya. Saya yakin benar bahawa Allah sesekali pun tidak mahu walau seorang pun manusia masuk ke dalam neraka-Nya. Allah sentiasa mahu hamba-Nya ke syurga. Ah, memang syurga ini diciptakan untuk kita. Cuma, banyak antara manusia yang melupai hakikat itu, dan merajuk dengan Allah. Merajuk Dengan Allah. Ia bukanlah simptom yang jarang. Ia bahkan merebak hingga ke pelusuk lapisan masyarakat. Kanak-kanak dengan rajuknya, orang dewasa dengan rajuk mereka pula. Si tua, bahkan masih kuat rajuknya pada Ilahi. Ya, rajuk si hamba yang berbeza-beza, lelaki dan wanita. Seperti yang saya nyatakan di awal, sungguh Allah sesekali pun tidak mahu walau seorang hamba-Nya ke neraka. Bukti yang ada cukup jelas. Dia hantarkan rasul demi rasul, seorang demi seorang untuk memimpin manusia agar kukuh telapak kaki mereka menyusuri landasan hamba sehingga rasul terakhir, Muhammad s.a.w. Seseorang bertanya...